Saturday 28 June 2014

Resepi Kek Coklat Moist Kukus


Resepi Kek Coklat Moist Kukus

 


Bahan- Bahan untuk buat kek:

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil baking soda                          

3/4 cawan minyak masak

1 cawan gula

1 cawan air suam

1/2 cawan susu pekat

1 cawan serbuk koko

3 biji telur

Esen vanila

Bahan-bahan untuk topping dan hiasan:

1/2 bar coklat masakan

1/2 sudu besar gula halus

2 sudu besar butter

Esen vanilla

Coklat rice

 

Cara-caranya:

1.      Gaul tepung gandum bersama serbuk koko,  baking powder dan baking soda dalam satu bekas. Selepas gaul rata, campuran itu diketepikan.

2.      Panaskan pengukus.

3.      Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula. Pukul lagi sehingga kembang dan gula cair.

4.      Masukkan pula tepung yang siap digaul tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam.

5.       Kacau tepung itu menggunakan senduk kayu.

6.       Kemudian masukkan esen vanila, susu pekat dan minyak masak, dan  kacau sehingga sebati.

7.      Alaskan acuan bulat atau petak dengan baking sheet (jenis bentuk kek bergantung dengan jenis acuan anda gunakan).

8.      Curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek.

9.       Kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit (terpulang pada suhu yang anda gunakan).

10.   Sejukkan kek selepas diambil dari pengukus.

11.  Untuk toping pula, semua bahan-bahan toping yang disenarai diatas dicampur dan dipanaskan. Kacau campuran tadi semasa dipanaskan.

12.  Kemudian curahkan pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya sebagai hiasan.